اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ
TERM & CONDITION
Subhanallah...
Kepada pelanggan yang dihormati,
Anda dianggap sudah terikat dengan perjanjian seperti
yang dinyatakan dalam terma dan syarat Hazwan Ahmad Fotografi. Sila baca terma
& syarat ini dengan teliti dan difahami sebaiknya. Sebarang persoalan
mengenai terma dan syarat boleh diajukan kepada kami.
LATARBELAKANG
Hazwan Ahmad adalah
sebuah organisasi bebas yang memberikan perkhidmatan fotografi bertumpu kepada
fotografi perkahwinan, portrait,konvokesyen, new born, maturnity dan sebarang event. Kepakaran kami ialah
memberikan produk yang berkualiti sebagai penghargaan kepada KLIEN yang memilih
kami sebagai Jurugambar Rasmi bagi sesuatu majlis mereka.
PERKHIDMATAN
Hazwan Ahmad Fotografi akan memberikan perkhidmatan fotografi bagi majlis yang
dinyatakan dan dipersetujui oleh KLIEN. Kami akan menyediakan seorang
jurugambar bagi setiap majlis untuk menjalankan tugasan dengan mengikut pakej
yang telah dipilih oleh KLIEN..
KLIEN bertanggungjawab melantik seorang pengurus majlis daripada ahli keluarga
atau saudara-mara sendiri untuk memastikan perjalanan berjalan lancar tanpa
mengganggu jurugambar.
KLIEN dicadangkan menyediakan senarai perkara
yang diperlukan, nama tetamu jemputan VIP / VVIP dan ahli keluarga yang hadir
pada majlis bagi memudahkan kerja jurugambar jika ada.
HAK MILIK
Adalah diingatkan bahawa Hazwan Ahmad Fotografi mempunyai hak milik ke atas semua imej yang
dirakamkan sepanjang majlis berlangsung dan mengakibatkan pihak kami mempunyai
hak untuk menerbitkan, menayangkan, dan mengiklankan gambar tersebut.
Selepas selesai tugasan, KLIEN diminta untuk
menjaga nama baik Hazwan Ahmad Fotografi dan sebarang aktiviti yang memburukkan nama Hazwan Ahmad
akan didakwa mengikut akta yang berkaitan.
Adalah diingatkan bahawa tiada sebarang imej
akan diberikan kepada KLIEN sebelum menerima pembayaran penuh.
DEPOSIT & TEMPAHAN
Pembayaran deposit adalah sebanyak 50% daripada jumlah keseluruhan pakej yang
dipilih. Sebarang pembatalan yang berlaku oleh KLIEN dalam tempoh kurang
daripada 3 minggu sebelum majlis mengakibatkan deposit tidak dikembalikan dan
dianggap sebagai gantirugi.
Pembatalan yang berlaku 1 bulan selepas
pembayaran akan dikembalikan sebanyak 15% sahaja.
Hanya pembatalan yang berlaku daripada pihak kami
sahaja akan dikembalikan wang pendahuluan sepenuhnya.
PENGHANTARAN PAKEJ
Pakej yang telah lengkap akan dihantar ke rumah KLIEN pada tarikh yang akan
ditetapkan bersama
Sebarang penghantaran pakej yang menggunakan
kurier atau pos, akan menyebabkan segala kos ditanggung oleh KLIEN mengikut
kadar yang diberikan oleh kurier / poslaju.
KEROSAKAN PAKEJ
Sebarang kerosakan yang berlaku kepada pakej perlu diberitahu segera pada hari
pertemuan. Aduan kerosakan sehari selepas pertemuan tidak akan dilayan.
KOS PERJALANAN & PENGINAPAN
Kami akan mengenakan caj
penginapan dan perjalanan bagi tempahan yang diterima di luar kawasan semasa.
Caj yang dikenakan adalah mengikut kenderaan yang digunakan dan tempat
penginapan yang disediakan. Caj penginapan dan perjalanan akan mengambil kos
yang paling murah supaya tidak membebankan KLIEN. Persetujuan dibuat secara
bersama.
Jika KLIEN menyediakan penginapan, caj
penginapan akan dikecualikan serta merta.
Hazwan Ahmad Fotografi
Hakcipta terpelihara 2013
013 – 511 2080
No comments:
Post a Comment